Monday, September 13, 2010

.: Kes Kehilangan Sosilawati :.


DATUK SOSILAWATI DIBUNUH

Misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya sejak 30 Ogos lalu hampir terungkai apabila tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan Datuk Sosilawati tertangkap dimana seorang daripada suspek yang ditahan itu merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek yang dikehendaki dalam kes kehilangan ini.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa Datuk Sosilawati dan 3 yang lain yang bersamanya sudah dibunuh dan dibakar di dalam sebuah ladang kelapa sawit manakala abu mayat mereka pula dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Walau bagaimanapun, berita ini masih belum disahkan kerana pihak polis masih menjalankan siasatan. Malah pihak polis juga tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sekarang ni bagi mengelak daripada mengganggu siasatan. Jadi kita tunggu update dari semasa ke semasa.

UPDATE (12/9/2010 – JAM 7.23 PM): UJIAN DNA YANG DIJALANKAN KEATAS 4 MAYAT YANG DIBAKAR DI SEBUAH LADANG KELAPA SAWIT MANAKALA ABU MAYAT MEREKA PULA DIBUANG KE DALAM LAUT DI PANTAI MORIB, SELANGOR, ITU TELAH DISAHKAN YANG IANYA MEMANG DATUK SOSILAWATI LAWIYA DAN 3 LAGI YANG TERLIBAT.



p/s : aku sdiri x brani nk komen ape2 ttg nie..sbb ade yg mengate kn mayat tue bukan mayat sosilawati nie..

urmmm.... just tunggu keputusan sbnrnye....



sumber : http://www.zonartis.com

No comments: