Tuesday, March 15, 2011

.: Majalah EH! Feb 2011 :.


dikale borink2 nie..aku suke surf google..
then tetibe la pulak nk google magazineEH!
belek punye belek...terbelek lak bahagian horoscope.
ekotkn aku suke gak bace2 bahagian nie
tp percaye tue xla..just bace utk suke2 jerk.

kali nie EH! open tentang



"siapa kah pasangan ideal anda-melalui horosckop"

Kenali siapa pasangan paling serasi untuk menjadikannya sebagai ‘si jantung hati’ hanya dengan mengetahui zodiak si dia yang secocok dengan karakter dan minatmu agar hubungan cinta yang menyemarak terjalin!

loving couple1 Love Horoscope


Aquarius (January 21 – February 20)

&

Gemini (May 21 – June 20)

Sepadan bagaikan Romeo dan Juliet! Aquarius dan Gemini akan menyedari pandangan, idea, luahan, cita-cita dan impian dalam hidup masing-masing hampir serupa. Kedua-dua bintang ini juga mempunyai minat yang sama iaitu melancong dan bersosial dengan sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Tidak hairanlah jika pasangan ini berkekalan kerana kedua-duanya gemar berkongsi pengetahuan dan lawak jenaka!

Pisces (February 21 – March 20)

& cancer (June 21 – July 20)

Sifat sensitif, suka merajuk, pemalu, jujur serta pemurah menjadikan si Pisces dan si Cancer pasangan yang sangat sepadan. Walaupun kedua-duanya kelihatan pendiam, namun apabila mereka saling mendekati dengan gaya yang menepati kehendak jiwa, hubungan ini mampu memutikkan perasaan cinta yang hebat. Sifat semulajadi mereka yang sukakan kelembutan dalam berkasih sayang juga memudahkan mereka menyelesaikan pergaduhan dengan baik.

Aries (March 21 – April 20)

&

Leo (July 21 – August 20)

Api adalah elemen utama bagi kedua-dua bintang ini menjadikan perwatakan mereka lebih aktif, agresif, gemarkan cabaran dan sentiasa mencari aktiviti yang menyeronokkan. Sifat ini menyebabkan mereka mudah menyesuaikan diri antara satu sama lain kerana pasangan ini memang ‘adventurous’. Kebijaksanaan masing-masing dalam mengawal ego juga membuahkan hubungan yang penuh dengan sanjungan, sokongan dan tarikan cinta yang kuat.

Taurus (April 21 – May 20)

&

Capricorn (December 21 – January 20)

Kedua-dua bintang ini yang terkenal dengan sifat pragmatik, membuat sesuatu dengan praktikal, disiplin, berprinsip dan bercita-cita tinggi membolehkan mereka mencipta hubungan yang magis! Sentiasa berfikiran positif adalah antara sifat utama mereka sehingga terbawa-bawa dalam hubungan yang terjalin. Karakter ini menyebabkan mereka saling menghormati hingga menjadi sumber inspirasi untuk terus berjaya.

Virgo (August 21 – September 20)

&

Scorpion(October 21 – November 20)

Si Virgo yang pendiam dan si Scorpio yang penuh dengan misteri menjadikan mereka pasangan yang sangat menarik. Ini kerana setiap topik yang dibualkan akan membuka satu persatu laluan untuk saling mengenali dengan lebih mendalam. Sekaligus menciptakan dialog yang tidak pernah menjemukan seolah-olah ‘fireworks’ di udara sering terpancar! Pasangan ini juga sangat serasi disebabkan sifat mereka yang ‘perfectionist’ dan mementingkan kebenaran dalam apa jua perkara.

Libra (September 21 October 20)

&

Sagittarius (November 21 December 20)

Kedua-dua bintang ini mampu mencipta hubungan cinta yang unik! Memandangkan sifat si bintang Libra yang meminati seni dan kecantikan manakala si Sagittarius yang gemar melancong seolah-olah saling memenuhi keperluan mereka untuk melayari perjalanan yang penuh keseronokan. Si Libra yang bijak juga mampu mengendalikan situasi secara terkawal kerana elemen udaranya mampu menyejukkan nyalaan api (elemen) si Sagittarius!




misz lady said : so, if nak tgk more info carik la majalah EH! feb 2011 k..
pasanganIDEALdlmmajalahEH!

No comments: