Inilah sikap masyarakat kita yang mudah buat tuduhan atau kenyataan secara melulu tanpa usul periksa termasuk dalam hal-hal berkaitan kematian...terbaru...sifu kita...M.nasir menjadi bahan rumors kononnya beliau meninggal dunia! padahal sihat walafiat lagi brader tu....xtau la sapa lah yang buat rumors dan menyebarkan benda camni tanpa rasa bersalah...lu ingat perkara berkaitan mati-mati ni boleh buat main ke??? aku sebagai peminat dia pun terkejut dengan dakwaan ni...chet! kepada peminat abang sifu kita..bertenang..ini hanyalah sekadar khabar angin je..yang pasti beliau masih sihat walafiat...punca kekeliruan ni berlaku sebab ada orang lain yang bernama M.nasir meninggal dunia...siapa???seorang imam di jakarta!! chet! punyala jauh....
refer from
beritaHarianM.Nasir Masih Hidup :
KUALA LUMPUR: Pelakon Marlia Musa menafikan khabar angin yang tersebar mengenai kematian suaminya iaitu komposer dan penyanyi terkenal tanah air, M Nasir (gambar), di sini, semalam.
Marlia berkata, dia mendapat tahu mengenai berita itu daripada seorang pengarang hiburan akhbar yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.
“Sekitar tengah hari semalam, saya dihubungi pengarang hiburan itu bertanyakan kesahihan berita diperolehnya. Tidak dinafikan, sebagai isteri saya terperanjat juga sebaik mendengar khabar itu yang nyatanya tidak benar.
“Sebelum panggilan itu diterima, saya baru saja habis bercakap dengan pengurus abang (M Nasir). Setahu saya, pagi tadi (semalam) abang tidak masuk ke pejabatnya kerana ada mesyuarat di Istana Budaya (IB).
“Daripada maklumat yang kami peroleh kemudiannya, individu yang dilaporkan sudah meninggal dunia itu seorang imam masjid di Jakarta, Indonesia yang singkatan namanya adalah M Nasir,” katanya
ni pulak di petik dari dari laman
indosiar di indonesia.
Imam Besar Masjid Istiqlal M Nasir Meninggal
indosiar.com, Jakarta - Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Kyai Muchtar Nasir, Senin (29/03) kemarin, pukul 18.30 wib, meninggal dunia. Almarhum menghembuskan napas terakhir di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta Pusat, setelah menjalani perawatan berbagai penyakit yang dideritanya.Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Kyai Muchtar Nasir meninggal di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta. Almarhum Muchtar Nasir yang mengabdikan hampir separoh hidupnya untuk Masjid Istiqlal meninggal dunia akibat penyakit yang dideritanya antara lain liver dan jantung.Dalam satu bulan terakhir, almarhum menjalani perawatan di RSPAD hingga akhirnya tutup usia kemarin pada usia 80 tahun. Almarhum yang dilahirkan 28 Oktober 1924 di Ketapang, Kalimantan Barat, meninggalkan 5 orang putra, 9 orang cucu dan seorang cicit. Sementara istri almarhum telah wafat sebelumnya pada tanggal 6 Februari 1986 silam.Muchtar Nasir dikukuhkan sebagai imam besar Masjid Istiqlal sejak 15 Februari 1985. Saat ini jenazah almarhum disemayamkan di rumah duka di Jalan Danau Poso, Pejompongan, Jakarta Pusat. Direncanakan akan dimakamkam hari Selasa (30/03) pada pukul 09.00 wib di Tempat Pemakaman Umum Tanah Kusir Jakarta Selatan.
misz lady said :
later...kes2 mcm nie kene check btol2..hal2 kematian nie bukanye boleh d buat main btol x..? bahaya...
ape2 pown takziah kepade keluarga Imam M.Nasir..
No comments:
Post a Comment